Warga emas disiasat hina Nabi Muhammad, Islam

PETALING JAYA – Seorang warga emas dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana disyaki memuat naik komen penghinaan melampau ke atas Nabi Muhammad SAW dan Islam dalam aplikasi Facebook.

Dalam kenyataan, lelaki tempatan berusia 63 tahun itu dirakam percakapan dengan kerjasama IPD Iskandar Puteri, Johor pada 20 April.

Katanya, kertas siasatan tersebut akan ditaklimatkan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.

“Sebuah telefon bimbit berserta kad sim yang digunakan oleh suspek untuk memuat naik komen telah disita bagi tujuan analisis forensik,” katanya dipetik FMT.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kes disiasat mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 atau penjara maksimum sehingga dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

SKMM tidak akan berkompromi dan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak menyalahgunakan platform media sosial khususnya menyentuh isu 3R (agama, kaum, dan institusi diraja) yang berpotensi mengakibatkan ketegangan antara agama dan mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Orang ramai turut diingatkan untuk menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab. Sebarang aduan berkaitan boleh dikemukakan melalui saluran rasmi SKMM di https://aduan.mcmc.gov.my.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *