Dua maut, enam cedera dalam insiden tembakan di Florida State University, Amerika

TALLAHASSEE, FLORIDA – Dua disahkan maut sementara enam lagi cedera dalam insiden tembakan di Florida State University (FSU), di sini, pada Khamis.

Dalam serangan tersebut, suspek, Phoenix Ikner berusia 20 tahun yang juga pelajar FSU dan anak kepada Timbalan Sheriff Leon County dilaporkan telah menggunakan pistol yang digunakan ibunya.

Kejadian berlaku sekitar jam 11.50 pagi waktu tempatan berhampiran bangunan Student Union.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, mangsa yang terkorban bukan pelajar universiti tersebut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Polis bertindak pantas dan berjaya menahan Ikner selepas suspek enggan mematuhi arahan.

Dia kini dirawat di hospital tempatan.

Serentak itu, pentadbiran universiti telah membatalkan semua kelas dan acara sehingga hari ini (Jumaat) dan menasihatkan pelajar untuk kekal berada di dalam bangunan.

Motif serangan kini dalam siasatan pihak berkuasa.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam perkembangan sama, Presiden AS, Donald Trump dan Gabenor Florida, Ron DeSantis mengucapkan takziah kepada komuniti FSU. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *