PETALING JAYA – Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan ‘ditarik ke tepi’ pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, ketika melawat Sabah, baru-baru ini.
Merujuk kepada foto viral, yang didakwa diambil orang awam, beliau berkata insiden berkenaan berlaku apabila mendarat pada 6 April dan berlepas keesokannya.
Menurut Samsuri, dirinya tertakluk kepada prosedur ‘pull aside on hold’ dalam kedua-dua insiden itu, sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.
Beliau turut mendakwa proses itu memerlukan pelepasan daripada Cawangan Khas.
“Gambar yang saya yakin diambil oleh orang awam berkenaan adalah ketika balik pada Isnin, 7 April,” katanya kepada FMT menerusi WhatsApp.
Katanya, kenyataan melibatkan 18 poin pada 10 April menjelaskan apa berlaku.
Spekulasi mengenai ‘penahanan’ Samsuri di lapangan terbang viral di media sosial susulan fotonya di terminal tersebut.
Pada Khamis, naib presiden PAS itu mendakwa diletak bawah individu berisiko dalam sistem kawalan sempadan, termasuk telefonnya dipantau.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Namun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan semua kenamaan tertakluk kepada tindakan itu, termasuk dirinya.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution, berkata tiada keperluan ‘mengintip’ Samsuri kerana polis memang sentiasa bersamanya.
Katanya, semua VVIP dalam negara ini juga sentiasa diawasi untuk tujuan keselamatan, dengan Samsuri tidak terkecuali.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain, juga menjelaskan pihak berkuasa tidak pernah meletakkan nama Samsuri sebagai individu berisiko sehingga menyebabkan pergerakannya dipantau ketat.
Beliau berkata, mungkin apa dimaksudkan Samsuri adalah Senarai Pekeliling Khas (SPK), namun namanya tiada dalam senarai kerana bukan penjenayah atau suspek.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
