Ratusan penerbangan dibatalkan, angin kencang landa China

BEIJING – Angin kencang menyebabkan kekacauan di Beijing dan beberapa bahagian utara China, mengakibatkan ratusan penerbangan dibatalkan dan perkhidmatan kereta api digantung.

Pentadbiran Meteorologi China (CMA) berkata, angin kencang itu berpunca daripada sistem pusaran sejuk yang terbentuk di Mongolia dan bergerak ke timur serta selatan.

Ia melanda utara China bermula Jumaat hingga hujung minggu.

Beijing sebelum ini mengeluarkan amaran jingga untuk angin kencang, kali pertama dalam tempoh sedekad, bagi hujung minggu ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

CCTV melaporkan, setakat Sabtu, sebanyak 413 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dibatalkan.

Perkhidmatan kereta api termasuk laluan ekspres ke lapangan terbang dan beberapa laluan kereta api laju turut digantung.

Destinasi tarikan pelancong seperti Summer Palace, Temple of Heaven, Zoo Bbeijing dan taman tema Universal Studios turut ditutup sementara.

Hampir 300 pokok tumbang dan 19 kenderaan rosak akibat angin kencang di Beijing, namun tiada kecederaan dilaporkan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

China merupakan penyumbang terbesar gas rumah hijau di dunia di mana menurut saintis, menjadi punca perubahan iklim serta peningkatan kekerapan cuaca ekstrem.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *