Perselisihan faham dua pemandu kenderaan di lebuh raya ada unsur jenayah – Polis

GOPENG – Perselisihan faham antara dua pemandu menjadi punca kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 308, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan dijalankan selepas menerima dua laporan berhubung kejadian yang turut tular di media sosial.

“Kemalangan berpunca daripada perselisihan faham antara kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Ertiga dan kereta jenis Honda City yang masing-masing dipandu lelaki berusia 45 dan 29 tahun hingga berlaku aksi mengejar.

“Apabila MPV berkenaan membrek secara mengejut ketika berada di lorong kanan, kenderaan itu kemudian dilanggar oleh kereta dan lori hingga menyebabkan kerosakan di bahagian belakang dan hadapan pada kenderaan terlibat,” katanya, di sini.

Menurut beliau, kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada pemandu lori yang berusia 44 tahun dan dua individu lain.

“Siasatan awal mendapati terdapat unsur jenayah berlaku sebelum kemalangan dan kes dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Selangor untuk tindakan selanjutnya.

“Kesemua kenderaan terlibat telah dibawa ke IPD Kampar dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Akta Pengangkutan Jalan 1959,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *