Penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin dijangka dibebaskan dari penjara Narathiwat hari ini

Bapa Erda Ezrin harap dapat sambut Hari Raya Aidiladha bersama anak

KOTA BHARU – Bapa penyanyi dikir barat Wan Norshaheeda Azlin atau lebih dikenali sebagai Erda Ezrin berharap dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama anak perempuannya itu selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat melanjutkan tempoh tahanan anaknya selama 30 hari lagi bermula 6 April lepas.

Wan Ismail Wan Yusuf, 52, berkata, keluarganya telah menerima hakikat Erda tidak dapat beraya Aidilfitri bersama mereka namun berharap Aidiladha nanti membawa sinar baharu.

“Keluarga juga ada merancang mengadakan kenduri kesyukuran bersama kelab peminat selepas pembebasan Erda,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau meluahkan rasa pilu apabila menerima sepucuk surat tulisan tangan anaknya yang disampaikan oleh seorang wartawan yang melawat Erda di penjara baru-baru ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Membaca surat itu terasa seperti dia berada di depan mata. Sayu sebab saya tak sempat berjumpa dengannya semasa raya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat wanita popular ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di pekan Golok pada 1 Nov tahun lepas kerana didakwa memiliki lebih 6,000 biji pil kuda. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *