Mangsa diasingkan seawal usia dua tahun, ibu bapa di luar negara - KPN

Kebakaran paip gas Putra Heights: Siasatan termasuk aspek jenayah dan kecuaian – KPN

SUBANG JAYA – Siasatan berkaitan insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya tertumpu kepada pelbagai aspek termasuk unsur jenayah dan tidak hanya menekankan kepada elemen kecuaian manusia semata-mata.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Hussin berkata, antara faktor yang diambil kira termasuk pergerakan di bawah tanah serta tekanan tinggi daripada saluran paip gas.

“Siasatan kita menjurus kepada sekiranya berlaku unsur jenayah ataupun negligence. Kecuaian ini ada banyak, bukan sahaja kepada manusia,” kata beliau ketika ditemui berhampiran Razaruddin ketika ditemui berhampiran Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), Putra Heights pada Isnin.

Dalam pada itu, keselamatan di sekitar lokasi kejadian juga sedang dipastikan untuk mengelakkan tragedi daripada berulang.

“Pihak polis, bomba dan forensik masuk ke dalam ground zero untuk menentukan tahap keselamatan di lokasi kejadian,” menurut Razaruddin.

“Kita risau, kita tak tahu kekuatan tanah di situ, kita takut ada jerlus pula, yang itu sangat bahaya untuk keselamatan. Kita tidak mahu berlaku apa-apa kecederaan lagi,” ujarnya.

Insiden kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi, pada April 1 mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *