KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat telah berlaku di kawasan utara Laut Maluku pada awal pagi Khamis.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berlaku pada jam 5:03 pagi dengan kekuatan magnitud 6.2 pada skala Richter.
“Pusat gempa bumi itu dikesan dengan kedalaman 10 kilometer. Gempa bumi tersebut berada pada jarak kira-kira 160 kilometer di Barat Laut dari Ternate, Indonesia.
“Bagaimanapun, MetMalaysia mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001