Pengikut GISB masih dalam negara, tidak mampu lari ke negara jiran - KPN

Polis siasat kes pemilik akaun FB buat pelbagai hantaran hina Islam – KPN

Polis siasat kes pemilik akaun FB buat pelbagai hantaran hina Islam – KPN

KUALA LUMPUR – Bukit Aman sedang menyiasat kes pemilik satu akaun Facebook didakwa membuat pelbagai hantaran berbaur penghinaan terhadap Islam melalui platform media sosial berkenaan, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan dijalankan berikutan satu laporan polis dibuat seorang pegawai kanan polis di ibu negara, malam kelmarin.

Beliau berkata, laporan polis dibuat selepas pengadu mengesan satu hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook terbabit mengandungi perkataan berbaur penghinaan terhadap agama dan umat Islam serta Nabi Muhammad SAW.

“Hasil penelitian dilakukan mendapati hantaran itu mengandungi unsur-unsur yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia dan mendatangkan kegusaran awam.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, iaitu sebarang perlakuan yang menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan jaringan.

Razarudin sekali gus menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius perbuatan menghina mana-mana agama di negara ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam.

Beliau berkata, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, terhadap mana-mana individu atau pihak yang terbabit dalam memainkan isu 3R (kaum, agama dan raja).

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *