PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R

PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R

04/03/2025:

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi teguran kepada semua pihak agak tidak menyentuh isu 3R, susulan tindakan segelintir pihak yang dipercayai menyinggung sensitiviti penganut agama lain.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu bahawa Anwar menegaskan tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara.

Jelas Perdana Menteri, perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum, dan Raja tidak seharusnya berulang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak agar mengelakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan serta mengutamakan sikap hormat-menghormati dan kasih-sayang dalam hidup bermasyarakat,” kata Tunku Nashrul dalam Taklimat Harian oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa.

Tunku Nashrul menambah, Perdana Menteri juga menekankan kepentingan seluruh rakyat untuk mendakap kemas prinsip rukun negara selaku asas perpaduan yang harus dihayati dan diamalkan.

Menurut Perdana Menteri, semua rakyat perlu bersama mempertahankan keharmonian dan menolak usaha serta tindakan yang boleh memecah belah perpaduan nasional.

 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *