KPM, DBP sokong pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang - Fadhlina

KPM, DBP sokong pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang – Fadhlina

27/02/2025:

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) akan sentiasa siap siaga bagi menyediakan prasarana berkaitan peristilahan, khususnya dalam bidang undang-undang.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata usaha itu, termasuk memberikan kursus-kursus bahasa dan melaksanakan program seperti pertandingan debat serta pidato bagi memantapkan penguasaan bahasa kebangsaan kepada pengamal undang-undang.

“Usaha murni ini amat penting kerana kita tidak mahu akses berkaitan undang-undang bersifat dwistandard, khususnya yang berkaitan dengan sistem penyampaian, sehingga keadilan tidak dapat ditegakkan bagi menjamin hak dan keharmonian rakyat Malaysia yang penuh kerencaman ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sehubungan itu, KPM dan agensi di bawahnya, khususnya DBP akan sentiasa bersedia menyokong dan mendukung pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam bidang undang-undang dan keseluruhan ranah di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Simposium Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Undang-Undang di Wisma DBP hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Datuk Dr Anwar Ridhwan.

Simposium sehari berkenaan menghimpunkan tokoh-tokoh dan pengamal bidang undang-undang, ahli akademik, pentadbir, dan pelajar jurusan undang-undang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ia bertujuan menanam dan menyemai kecintaan dan mewujudkan sikap megah bahasa dalam kalangan semua pihak dalam bidang undang-undang di negara ini.

Simposium itu dianjurkan bersama DBP, Jabatan Bantuan Guaman (Jabatan Perdana Menteri), Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Undang-undang.

— BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *