PETALING JAYA – OCR Group Berhad (OCR) sebuah syarikat hartanah bersepadu mengumumkan pelancaran perumahan mampu milik Kyra Collection (Kyra) – Residensi Akasia (Fasa 1) yang berkualiti tinggi di U9 Shah Alam, di samping penyerahan pemilikan kosong untuk Isola KLCC sebuah projek pembangunan mewah di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Projek perumahan Kyra merupakan sebuah pembangunan baharu di Shah Alam di bawah kerajan negeri Selangor dengan sejumlah 2,892 unit pangsapuri merangkumi empat fasa dijual pada harga RM288,000.
Pengarah Urusan Kumpulan OCR Group Berhad, Billy Ong Kah Hoe berkata, pelancaran Kyra dan penyerahan Isola KLCC mencerminkan fleksibiliti OCR dalam menyampaikan kediaman yang memenuhi segmen pasaran yang berbeza.
“Kami kekal komited untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan reka bentuk rumah berkualiti tinggi, sama ada melalui projek perumahan mampu milik atau kediaman bandar premium.
“Dengan Kyra, kami menyokong aspirasi pemilikan rumah dan dengan Isola KLCC, kami meningkatkan kehidupan bandar untuk pembeli yang arif,” katanya.
Beliau menambah, OCR berjaya memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan untuk Isola KLCC pada 12 Februari 2025.
Pembangunan mewah ini terletak tidak jauh dari Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, menawarkan kehidupan bandar premium dengan reka bentuk moden dan kemudahan peringkat atasan.
Ketika OCR melihat ke hadapan, Kumpulan terus memacu visinya untuk membentuk landskap hartanah Malaysia dengan menyampaikan pembangunan berkualiti yang memenuhi keperluan pasaran yang pelbagai.
Selain itu, Kumpulan juga menumpukan pada pelancaran D’Templer Hilltop Residences pada S2 2025, mengukuhkan lagi saluran pembangunan Urban Living-nya.
Sambutan yang menggalakkan kepada Kyra telah menetapkan asas kukuh, dengan Fasa 2 kini dirancang untuk dilancarkan sebagai tindak balas kepada permintaan yang kukuh.
Pada masa sama, OCR terus mengukuhkan rekod prestasinya dengankejayaan menyiapkan Isola KLCC, mengukuhkan kedudukannyasebagai pemaju yang mengutamakan kebolehcapaian dan kecemerlangan dalam hartanah. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001