Tengku Abu Bakar Ahmad letak jawatan Pengerusi Eksekutif Datasonic

Tengku Abu Bakar Ahmad letak jawatan Pengerusi Eksekutif Datasonic

KUALA LUMPUR – Datasonic Group Bhd mengumumkan perletakan jawatan Pengerusi Eksekutif, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pembekal MyKad dan pasport elektronik itu berkata, Tengku Abu Bakar yang dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif pada 26 Julai 2023 telah meletakkan jawatan untuk meneruskan minat lain.

Sehubungan itu, kumpulan turut mengumumkan pelantikan semula Timbalan Pengerusi Eksekutif, Datuk Abu Hanifah Noordin sebagai Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 12 Februari 2025.

Dalam makluman berasingan, Datasonic berkata Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif, Ahmad Ridwan Abdullah turut meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini untuk meneruskan minat lain. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *