8 ditahan, RM1.3 juta dadah dirampas di Negeri Sembilan

8 ditahan, RM1.3 juta dadah dirampas di Negeri Sembilan

PETALING JAYA – Dua wanita antara lapan ditahan polis yang turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.3 juta.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata tujuh warga tempatan dan seorang warga Singapura berusia 29 hingga 68 tahun ditahan dalam empat serbuan di sekitar Seremban Khamis lalu.

Menurutnya, syabu seberat 33,974.07g, kokain anggaran 748.23g dan 16 biji pil yaba yang semuanya berjumlah RM1.3 juta dirampas.

Beliau berkata, empat kenderaan, wang tunai RM3,920 dan pelbagai barang kemas serta jam tangan dianggarkan bernilai RM188,068.80 turut disita.

“Barangan tersebut disyaki hasil daripada aktiviti haram yang semuanya berjumlah RM788,579.80,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, ujian saringan air kencing menunjukkan enam lelaki positif dadah dan empat daripada suspek itu mempunyai pelbagai rekod kesalahan dadah serta jenayah.

Menurutnya, semua suspek direman tujuh hari hingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A(2) serta 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *