Ajal belum tertulis buat suami isteri walaupun berdepan enam das tembakan

Ajal belum tertulis buat suami isteri walaupun berdepan enam das tembakan

KLUANG – Ajal belum tiba buat sepasang suami isteri, walaupun berdepan enam das tembakan dalam cubaan bunuh di kediaman mereka dekat Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam, tengahari semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata pasangan itu bernasib baik kerana peluru dilepaskan tersasar ke sekitar lokasi kejadian.

“Semalam, pada jam 12.17 tengahari, seorang wanita yang berada di rumah ternampak sebuah Perodua Bezza berwarna Maroon memasuki halaman rumahnya.

“Wanita yang berada di hadapan pintu rumah itu didatangi tiga lelaki sebelum seorang daripada suspek mengeluarkan pistol dari pinggang dan melepaskan empat das tembakan ke arah pengadu dan suaminya.

“Suspek kemudian melarikan diri sambil melepaskan dua lagi das tembakan,” katanya tiada sebarang kecederaan dialami mangsa.

Bahrin berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis berjaya menahan seorang daripada suspek dikenali sebagai Man Tiger yang dikesan mempunyai 27 kes jenayah lampau kira-kira jam 7 malam tadi di Tepi Jalan Setia 1, Pusat Setia Perdagangan, Simpang Renggam.

“Suspek dikenali sebagai Man Tiger, 32, berasal dari Simpang Renggam dikesan positif dadah jenis methamphetamine susulan saringan urin yang dijalankan,” katanya.

Bahrin berkata, pihaknya mengenalpasti tujuh lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes itu dan kini diburu polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat) dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ketika diminta mengulas lebih terperinci mengenai kes itu Bahrin berkata, semuanya masih dalam siasatan polis.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *