1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India

1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India

NEW DELHI – Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra di Negeri Haryana, utara India, lapor Xinhua memetik kenyataan polis.

Kemalangan berlaku pada Jumaat malam berhampiran Kampung Sardarewala di Daerah Fatehabad, kira-kira 201 kilometer ke barat Chandigarh, ibu negeri Haryana.

Menurut polis, kenderaan itu membawa 14 penumpang, namun seorang pemandu dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berjaya menyelamatkan diri tetapi 12 penumpang lain dihanyutkan arus deras.

Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa yang hilang. Setakat ini, hanya satu mayat ditemukan dari terusan berkenaan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *