JOHOR BAHRU – Seorang pengurus rancangan FELDA di Kulai ditahan kerana disyaki menyeleweng peruntukan melebihi RM10,000 dari Tabung Ladang dan Jalan Pertanian untuk kepentingan diri sendiri, semalam.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor berkata, suspek lelaki berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam tadi di pejabat SPRM Johor, di sini.
“Penahanan suspek dibuat kerana menyalah guna kuasa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) bagi menyeleweng peruntukan melebihi RM10,000 dari Tabung Ladang dan Jalan Pertanian untuk kepentingan diri sendiri,” kata sumber berkenaan, hari ini.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001