Kereta hilang kawalan, lelaki OKU maut Kemalangan

Kereta hilang kawalan, lelaki OKU maut Kemalangan

KAJANG – Lelaki orang kurang upaya (OKU) meninggal dunia selepas kereta dipandu melanggar sebuah kereta sebelum merempuh tembok rumah di kawasan perumahan Jalan Sungai Chua, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian itu membabitkan sebuah kereta dipercayai hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta lain dan kemudian melanggar tembok rumah pada 11.30 malam.

Menurutnya, mangsa adalah seorang lelaki dan pemegang kad OKU berusia 66 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa dibawa ke Hospital Serdang, di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.

Katanya, polis menyeru pengguna jalan raya sentiasa memandu dengan berhemah dan sentiasa berhati-hati.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *