Ketua EPL bimbang impak Piala Dunia Kelab

Ketua EPL bimbang impak Piala Dunia Kelab

LONDON – Ketua eksekutif Liga Perdana Inggeris (EPL), Richard Masters bimbang Piala Dunia Kelab tahun ini akan mencetus “kesukaran besar” buat Manchester City dan Chelsea menjelang kempen liga utama Inggeris musim depan.

Dua kelab itu mewakili England pada kejohanan anjuran FIFA yang diperbesarkan kepada 32 pasukan di Amerika Syarikat, dengan kesatuan pemain mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang dan liga kebangsaan tidak gembira mengenai potensi yang boleh menjejaskan pertandingan mereka sendiri.

Perlawanan akhir Piala Dunia Kelab akan diadakan pada 13 Julai, dengan musim EPL 2025-26 bermula pada 16 Ogos.

“Liga dan kesatuan pemain tidak gembira dengan keputusan yang diambil di peringkat global,” kata Masters kepada Sky Sports.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kami lihat Piala Dunia Kelab akan berlangsung dan jelas ia akan memberi impak terhadap EPL.

“Jika sama ada Manchester City atau Chelsea layak ke final pertandingan itu, EPL bermula empat minggu kemudian dan semua pemain sepatutnya mendapat cuti tiga minggu sebagai sebahagian daripada komitmen kontrak.

“Jadi bagaimana ia boleh dilakukan? Dengan kesukaran yang hebat saya fikir.” – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *