Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu berkurang

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu berkurang

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 476 mangsa pagi ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa membabitkan 135 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

Hingga kini hanya satu daerah saja masih dilanda banjir iaitu Tanah Merah, manakala Kuala Krai dan Machang sudah kembali pulih sepenuhnya.

Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 10.4 meter.

Hanya 44 mangsa berteduh di 2 PPS di Besut

Sementara itu di TERENGGANU hanya daerah Besut yang masih banjir.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu banjir di Hulu Terengganu pulih sepenuhnya selepas 12 PPS ditutup.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *