Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun

Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun

KUALA LUMPUR – Filipina menghampiri final sulung mereka dengan bergaya selepas menewaskan juara bertahan Thailand 2-1, pada perlawanan separuh akhir pertama Piala ASEAN 2024 di Stadium Memorial Rizal, Manila malam tadi.

Turun dengan serba biru, pasukan tuan rumah bimbingan Albert Capellas yang menerima sokongan padu penyokong sendiri, mengejutkan Thailand dengan gol pembukaan menerusi rembatan padu kaki kiri Sandro Reyes dari luar kotak penalti pada minit ke-21.

Selepas beberapa siri serangan, pasukan pelawat kendalian Masatada Ishii akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada hujung separuh masa pertama, menerusi satu gerakan balas pantas yang disudahkan Suphanan Bureerat selepas menerima hantaran Patrik Gustavsson pada minit ke-45.

Di hujung tambahan masa separuh masa kedua, Enrique Linares muncul wira The Azkals apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-95 menerusi tandukan, selepas menyambut tandukan Paul Tabinas dalam kotak penalti, hasil sepakan percuma Zico Bailey.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kejayaan malam tadi menyaksikan Filipina menewaskan Thailand buat kali pertama dalam tempoh 52 tahun di semua pertandingan, selepas kali terakhir merakam kemenangan 1-0 pada Jun 1972.

Ini bakal menjadi motivasi penting Filipina menjelang aksi timbal balik yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok Isnin depan.

Sebagai rekod, Filipina belum pernah mara sehingga ke final Piala ASEAN yang sebelum ini dikenali antaranya Kejohanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), dengan kali terakhir beraksi di pentas separuh akhir adalah pada edisi 2018 yang menyaksikan mereka tewas agregat 2-4 kepada Vietnam. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *