Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri

Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri

JOHOR BAHRU – Polis buru pemandu lori yang dipercayai terbabit dalam kemalangan melibatkan kematian seorang penunggang motosikal di kilometer (KM) 29.3 Lebuhraya Linkedua (Arah Tol Senai Utara) pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan berkenaan sekitar jam 4.30 petang melibatkan motosikal jenis Honda RS150R dengan sebuah lori yang masih belum dikenal pasti.

“Siasatan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Honda RS150R yang ditunggang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun cuba mengelak lori yang berada di lorong kanan.

“Tindakannya itu telah menyebabkannya hilang kawalan hingga melanggar besi pembahagi jalan di bahagian kanan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Akibatnya, penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi sementara pemandu lori terbabit pula dilaporkan melarikan diri,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507 atau hadir ke Bahagian Siastan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, bagi membantu siasatan,” katanya.

 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *