LONDON – Jika Ruben Amorim tidak menyedari tahap kesukarannya bersama Manchester United sebelum ini, beliau pasti sudah menyedarinya sekarang.
Kekalahan 3-0 kepada Bournemouth di Old Trafford Ahad lalu menyaksikan United menghuni tangga ke-13 ketika Krismas — tujuh mata di atas zon penyingkiran berbanding puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pengurus berbangsa Portugis itu berkira-kira sama ada untuk mengambil alih kelab bermasalah EPL itu pada pertengahan musim atau menanti hingga hujung musim sebelum meninggalkan Sporting Lisbon.
Tidak mengejutkan, bebanan di Old Trafford dan usaha untuk mengubah nasib kelab itu masih menemui jalan buntu.
Amorim memerlukan sentuhan magis atau berisiko melihat musim terurai, dengan keperluan untuk mengukuhkan semula skuad menerusi pembelian pemain pada musim panas.
Amorim lebih suka mengamalkan formasi 3-4-3 dan ramai daripada skuad yang diwarisinya daripada Erik ten Hag tidak mampu beraksi dalam sistem itu.
Sehubungan itu, Amorim perlu merombak skuadnya dan sekurang-kurangnya perlu menjual lima pemain dalam skuad semasanya.
Marcus Rashford
Keputusan Rashford menghebahkan kepada umum mengenai kesediaannya meninggalkan kelab zaman kanak-kanaknya mungkin memudahkan Amorim berbanding jika beliau perlu menggesa pemain England itu meninggalkan kelab.
Namun sukar untuk melihat penyerang itu serasi dengan sistem Amorim – malah sebelum kejatuhan dua minggu terakhir.
Tidak seperti sesetengah pemain, penjualan Rashford dilihat bagus dari segi ekonomi kerana yuran perpindahan daripada penjualannya boleh mengimbangi akaun peraturan keuntungan dan kemampanan.
Antony
Ramai peminat tegar Stretford End melihat kelibat pemain Brazil itu selepas beberapa bulan apabila dia menyertai kelab pada musim panas 2022.
Hampir dua setengah tahun kemudian, penyokong United yang lain turut terpedaya.
Pemain sayap Antony adalah pembelian pemain dari Eredivisie paling teruk oleh Ten Hag yang dibawa daripada bekas kelabnya Ajax.
Pembelian bernilai £85.5 juta (RM478 juta) itu tidak menyumbang apa-apa. Menjualnya sekalipun dengan kerugian besar menjadi satu-satunya pilihan.
Casemiro
Ketibaan pemain Brazil itu dari Real Madrid mungkin ada alasannya ketika itu dan dia menjaringkan gol ketika kemenangan pada final Piala Liga ke atas Newcastle pada tahun 2023.
Namun United kini mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar gaji pemain tengah yang tidak lagi mampu memukau, apatah lagi berlari ketika usianya semakin meningkat.
Lisandro Martinez
Satu lagi projek Ten Hag yang kelihatan tidak berbaloi dalam beberapa minggu kebelakangan terutamanya kerana sering melakukan kesilapan.
Pemain pertahanan Argentina itu tidak pernah bagus dari segi fizikal tetapi dia semakin melarikan diri daripada pertarungan.
Dia kelihatan seperti seorang pemain yang tidak mahu berada di sana.
Luke Shaw
Agak kejam untuk menyalahkan pemain pertahanan kiri England – namun badannya tidak lagi mampu untuk bersaing hebat dalam liga utama Inggeris jadi Amorim juga tidak boleh bergantung harap kepadanya lagi.
Shaw sepatutnya ideal untuk mengisi tempat pertahanan sayap kiri bagi dua tahun akan datang jika dia boleh memberi jaminan boleh diturunkan. Tetapi hakikatnya dia tidak mampu. – AGENSI
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252