2 lelaki lepaskan 10 das tembakan nak cuba senjata milik rakan ditahan

2 lelaki lepaskan 10 das tembakan nak cuba senjata milik rakan ditahan

KUALA LUMPUR – Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Thailand berhubung insiden tembakan dilepaskan ke arah pos kawalan pasukan keselamatan sempadan negara di Padang Besar, Perlis, Khamis lalu, membawa kepada penahanan dua lelaki.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dua suspek warga Thailand masing-masing berusia 21 dan 28 tahun ditahan polis negara itu di Songkhla, Thailand, pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, siasatan mendapati insiden itu dilaporkan pada jam 10.28 pagi, Khamis lalu ketika dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan tugas rondaan berhampiran pos kawalan keselamatan sempadan.

“Anggota bertugas terdengar beberapa das tembakan dari arah Thailand sebelum melihat kelibat dua lelaki menunggang sebuah motosikal di kawasan negara jiran itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Mereka kemudian segera memaklumkan kejadian kepada pasukan untuk bantuan sebelum suspek dilihat beredar. Kedua-dua anggota PGA tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, hari ini.

Berikutan insiden itu, Razarudin berkata, sepasukan polis menjalankan siasatan dan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi terbabit.

“Semakan rakaman CCTV mendapati dua suspek warga Thailand itu disyaki datang dari arah kebun getah dengan menunggang motosikal.

“Mereka dilihat memberhentikan motosikal sebelum mengeluarkan senjata jenis pistol automatik dan melepaskan kira-kira 10 das tembakan ke arah Malaysia,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau berkata, suspek kemudian dilihat mengutip kelongsong peluru sebelum beredar menggunakan laluan sama disyaki ke dalam kebun getah.

“Maklumat daripada siasatan dijalankan disalurkan kepada Polis Thailand yang kemudian berjaya menahan kedua-dua suspek di sebuah premis di Songkhla, pada jam 10.40 pagi (waktu Malaysia), sehari selepas kejadian.

“Hasil soal siasat, suspek mendakwa meminjam senjata itu daripada seorang rakan.

“Mereka mengaku melepaskan tembakan ke arah Malaysia untuk mencuba senjata berkenaan. Senjata itu sudah dipulangkan semula kepada rakan selepas kejadian,” katanya.

Berikutan itu, katanya Polis Thailand kini sedang giat mengesan rakan suspek yang juga pemilik senjata untuk siasatan lanjut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *