15 kampung di Tanah Merah diminta berwaspada berlaku banjir - JPS

15 kampung di Tanah Merah diminta berwaspada berlaku banjir – JPS

KOTA BHARU – Sekurang-kurangnya 15 kampung dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Kusial di Tanah Merah diminta berwaspada berlaku banjir susulan ramalan hujan berterusan pada Rabu dan Khamis ini oleh Jabatan Meteorologi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan memaklumkan kampung terbabit ialah Kampung Padang Kijang, Bendang Nyior, Bandar Tanah Merah, Cekok Ipoh, Belimbing, Kampung Panjang dan Kerilla.

Turut dijangka terjejas Taman Kiara, Padang Kijang, Alor Pasir, Kelewek, Terasil, Kulim, Jerangau dan Chekok Ipoh.

Menurut JPS, banjir kemungkinan berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.

“Amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk, terutama di kawasan yang dijangka banjir, mengambil langkah waspada dan mengikut arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *