Sungai Galas, Lebir mulai melimpah, penduduk di Gua Musang diarah siap sedia

Sungai Galas, Lebir mulai melimpah, penduduk di Gua Musang diarah siap sedia

GUA MUSANG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang mengarahkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir untuk siap sedia berpindah susulan paras air Sungai Lebir dan Galas yang semakin meningkat.

Pegawai APM Gua Musang, Leftenan Mohd Hanafi Mohd Bokri berkata, berpandukan situasi terkini paras air sungai dilihat naik dengan begitu cepat.

“Kami di sini dalam keadaan berjaga-jaga, bagaimanapun penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan semasa pihak berkuasa.

“Jika diarahkan pindah awal, sila bawa barangan peribadi serta ubat-ubatan bersama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut beliau, kawasan Sungai Galas yang berisiko dilanda banjir ialah Kampung Lembaga, serta Ciku, Paloh dan Aring (Sungai Lebir). –

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *