Amaran ribut petir, angin kencang hingga 1 tengah hari ini

Amaran ribut petir, angin kencang hingga 1 tengah hari ini

KUALA LUMPUR – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah sehingga jam 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam satu kenyataan, berkata keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.

Katanya, dua daerah di Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 10 pagi.

“Dua daerah berkenaan adalah Sandakan membabitkan kawasan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat,” katanya hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, METMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua di kawasan perairan negara yang berisiko kepada aktiviti laut.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *