Polis siasat dakwaan penyanyi dirakam tidak berpakaian ketika diurut

Polis siasat dakwaan penyanyi dirakam tidak berpakaian ketika diurut

SUBANG JAYA – Polis menyiasat dakwaan seorang penyanyi rap wanita yang menyatakan dirinya dirakam secara rahsia ketika serbuan dilakukan di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, serbuan itu dilakukan oleh pasukan Bahagian Operasi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sebagai sebahagian daripada operasi pemeriksaan lesen perniagaan.

“Ketika serbuan, pasukan diarah untuk merakam video dan gambar sebagai bukti aktiviti di premis, selain pemeriksaan terhadap lesen perniagaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis itu tidak mempunyai lesen sah dan melanggar Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2013,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut beliau, wanita tersebut juga merakam tindakan anggota serbuan menggunakan telefon bimbitnya, sementara penguat kuasa mengesahkan tiada video atau gambar wanita tersebut dirakam oleh pihak mereka.

“Pengadu menjelaskan tindakan pasukan serbuan adalah selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh undang-undang.

“Bagaimanapun, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis. Pengadu berhubung penularan video serbuan di media sosial dan wanita terbabit mendakwa dirinya dirakam ketika tidak berbaju semasa urutan,” jelasnya.

Tambah Wan Azlan, kes disiasat di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video dimuat naik penyanyi wanita tersebut mendakwa terdapat anggota penguat kuasa merakam dirinya yang tidak berpakaian ketika sedang berurut di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan, di sini. – Lapor Kosmo Online

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *