TAWAU – Kediaman Naib Ketua Bahagian Umno Kalabakan antara tiga rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Muhibbah Raya, Lorong Muhibbah 6, di sini, petang tadi.
Jerry Kassim, berkata, dalam kejadian jam 5 petang itu, hanya ibu bapa bersama seorang cucu berada di rumah berkenaan.
Katanya, walaupun rumah pusaka mereka musnah sepenuhnya, namun dia tetap bersyukur apabila ahli keluarganya sempat menyelamatkan diri.
“Saya reda dengan kejadian ini dan menganggapnya sebagai satu ujian atau takdir daripada yang Maha Esa dan yakin pasti ada hikmah yang lebih baik di sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.18 petang.
Menurutnya kebakaran membabitkan tiga rumah kediaman iaitu dua musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar 70 peratus.
“Operasi pemadaman menggunakan dengan sumber air dari jentera dan pili berhampiran sebelum api berjaya dikawal pada jam 5.56 petang tanpa melibatkan sebarang laporan kecederaan atau kemalangan jiwa.
“Operasi disertai seramai 19 anggota termasuk pegawai bersama dua jentera dan lori tangki air serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252