BERITA UTAMA
Habuk, debu dari kilang ancam kesihatan penduduk Kondominium Casa Idaman

Habuk, debu dari kilang ancam kesihatan penduduk Kondominium Casa Idaman

KUALA LUMPUR – Penduduk di Kondominium Casa Idaman di ibu negara menlahirkan kebimbangan dengan tahap kesihatan mereka selepas mendakwa kilang besi di kawasan bersebelahan mengakibatkan habuk dan debu yang teruk.

Mereka mendakwa, keadaan itu bermula sejak lebih setahun lalu dan kilang berkenaan masih beroperasi walaupun aduan sudah dibuat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Wakil penduduk yang mahu dikenali sebagai Amran berkata, kilang yang dibina terlalu hampir dengan kondominium itu pernah disita sebelum ini, namun tetap beroperasi seperti biasa.

“Selepas aduan dibuat, kami lihat ada notis penguatkuasaan ditampal pada pagar kilang berkenaan.

“Namun, tak lama lepas itu, operasi di situ tetap dijalankan seperti biasa.

“Lokasi kilang yang terlalu hampir, pekerja asing yang terlalu ramai menyebabkan penduduk di sini tidak selesa,” katanya.

Amran berkata, penduduk di situ sudah beberapa kali membuat aduan kepada DBKL, tetapi keadaan masih tidak berubah.

“Kami harap tindakan sewajarnya dapat dilakukan. Pihak berwajib juga perlu memeriksa status pekerja asing yang terlalu ramai di sini.

“Kami khuatir mereka mencetuskan masalah lain pula,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *