BERITA UTAMA
C4Cinta cipta rekod kutip RM1.13 juta dalam empat hari

C4Cinta cipta rekod kutip RM1.13 juta dalam empat hari

KUALA LUMPUR – C4Cinta arahan pembikin muda Karthik Shamalan mencipta penanda aras baharu bagi industri filem Tamil tempatan apabila mengutip lebih RM1.13 juta hanya selepas empat hari ditayangkan, kutipan tertinggi bagi filem Tamil di Malaysia.

Filem diterbitkan bersama oleh SCIFILM dan AVLT Production itu berjaya menawan hati penonton dengan naratif segar mengenai cinta dan perhubungan.

Dibarisi oleh bintang berbakat seperti Pashini Sivakumar, Viknesh Naidu, Ravin Rao Santheran, Vijay Naidu, Dishaaleny dan Loga Varman, C4Cinta dipuji kerana jalan cerita berinovasi selain menampilkan lagu merdu gubahan Shamesan Mani Maran, sekali gus menambahkan lagi daya tarikan buat penonton pelbagai bangsa.

“Rekod ini adalah pencapaian signifikan bagi industri filem Tamil tempatan yang berdepan pelbagai cabaran dalam meraih pengiktirafan arus perdana sejak beberapa tahun ini.

“Kejayaan C4Cinta dilihat sebagai testimoni akan potensi filem Tamil tempatan untuk berkembang, bukan sahaja di peringkat domestik, malah global,” kata pengedar filem Pocketplay Films dalam kenyataan kepada BERNAMA.

Menurut kenyataan itu, sambutan luar biasa terhadap filem berkenaan juga menunjukkan peningkatan permintaan terhadap kandungan yang pelbagai dan berkualiti dalam industri filem Malaysia.

“C4Cinta adalah detik membanggakan bagi komuniti pembikin filem Tamil Malaysia dan penghargaan kepada pelakon tempatan,” kata Poketplay Films.

C4Cinta ditayangkan di pawagam di seluruh negara sejak 21 November lalu.

Ia mengisahkan perjalanan emosi dan cabaran dalam hubungan cinta di dunia moden, menyampaikan mesej tentang kepercayaan, pengorbanan, persahabatan dan keikhlasan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *