BERITA UTAMA
Juruwang warga China maut ditikam

Juruwang warga China maut ditikam

KUALA LUMPUR – Seorang juruwang warga China maut selepas dipercayai ditikam beberapa kali di sebuah pusat beli belah di Cheras, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, dalam kejadian antara pukul 3 dan 4 petang itu, mangsa yang berusia 49 tahun itu dipercayai ditikam kira-kira tiga hingga empat kali.

“Mangsa yang bekerja sebagai juruwang di sebuah restoran di dalam pusat beli belah itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM),” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Aidil berkata, sehubungan itu, polis menahan tujuh individu yang merupakan rakan kerja mangsa bagi membantu siasatan.

“Kita sedang menyiasat motif pembunuhan dan kita masih belum menemui sebarang senjata yang digunakan dalam kejadian ini,” ujarnya.

Kes itu kata beliau disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebat minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *