BERITA UTAMA
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat

Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat

KAJANG – Empat individu termasuk dua wanita dan dua lelaki terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, di sini, awal pagi Ahad.

Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, kebakaran melibatkan bahagian atas dan bawah bangunan dengan anggaran kemusnahan sebanyak 75 peratus.

Sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.28 pagi, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Bangi, dan Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) dikerahkan ke lokasi.

“Tiga unit kedai berkembar turut terbakar dengan anggaran kemusnahan 90 peratus melibatkan keluasan 60 x 50 kaki persegi,” katanya.

Keempat-empat mangsa yang terperangkap di bahagian bawah rumah kedai itu berjaya diselamatkan selepas anggota bomba menggunakan pemotong besi untuk membuka pintu premis.

Operasi menyelamat diketuai Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mazlan Mohmad.

Semua mangsa yang berusia antara 27 hingga 58 tahun dihantar ke Hospital Kajang selepas mengalami sesak nafas.

Operasi menyelamat melibatkan 27 anggota bomba dari BBP Kajang, Bangi dan BTHO dengan bantuan agensi lain seperti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *