BERITA UTAMA
Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir

Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir

PEMAIN profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai cipta magis tersendiri apabila berjaya membenam cabaran pasangan dari Jepun iaitu Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dalam saingan suku akhir sebentar tadi.

Dalam perlawanan set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.

Soon Huat-Shevon kemudian mendahului 20-16 sekali gus peroleh mata akhir yang membolehkan mereka ambil set pertama 21-16.

Soon Huat-Shevon kembali garang di set kedua dengan sekali lagi memimpin perlawanan 5-0 sebelum pasangan Jepun kutip mata demi mata namun pasangan Malaysia tetap gah untuk dominasi perlawanan dengan keputusan akhir 21-13 dalam tempoh 35 minit sahaja.

Untuk rekod ini adalah pertemuan kali kelima buat kedua-dua pasangan ini dan menariknya dalam lima kali pertemuan, ini adalah kemenangan mutlak pertama memihak pasangan negara.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *