Wanita maut jatuh atas bumbung pusat beli-belah

Wanita maut jatuh atas bumbung pusat beli-belah

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh di atas bumbung sebuah pusat beli-belah terkenal di sini, semalam.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Md Fuad Selamat berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Jalan Hang Tuah bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa wanita disyaki warga asing telah terjatuh di atas bumbung pusat beli-belah berkenaan.

“Mayat mangsa dibawa turun pada jam 7.48 pagi dengan bantuan skylift pihak bangunan berkenaan serta teknik sistem lowering,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan punca kejadian dalam siasatan polis.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *