BUKIT MERTAJAM – Kira-kira 10 pelanggan yang sedang bersarapan pagi di medan selera Ng Yam Huat di Taman Ciku di sini, bertempiaran lari selepas berlaku letupan dalam kejadian pagi semalam.
Letupan yang berlaku di bahagian dapur kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan bumbung zink di pusat perniagaan itu rosak dan sebahagian dinding dapur runtuh.
Selain itu, kaca beberapa gerai penjaja juga dilaporkan pecah akibat daripada letupan itu.
Memetik laporan akhbar Sin Chew Daily, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan, malah pemilik pusat makanan yang berada di bahagian dapur sedang membakar roti juga terselamat.
Ng Chin Kui, 46, berkata, ketika kejadian dia sedang menyiapkan pesanan pelanggan, namun ketika dia menekan suis untuk membakar roti tiba-tiba berlaku letupan.
“Penglihatan saya jadi gelap seketika dan telinga berdengung.
“Letupan kuat itu membuatkan saya terkaku dan tidak mampu berbuat apa-apa, namun bersyukur saya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Chin Kui berkata, sebelum kejadian, dia ada terhidu bau gas yang agak kuat, namun tidak mengendahkannya kerana sudah biasa dengan bau gas di situ.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Bagaimanapun, dia tidak menyangka, disebabkan menekan suis mesin pembakar roti akan menyebabkan letupan berlaku.
Katanya, letupan itu turut menjejaskan kira-kira lima gerai penjaja lain di pusat makanan yang menempatkan lebih 70 meja dan 12 gerai makanan. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252
