SPRM temui wang rasuah RM5 juta di pangsapuri dipercayai milik ahli politik berpengaruh

SPRM temui wang rasuah RM5 juta di pangsapuri dipercayai milik ahli politik berpengaruh

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai berjumlah SGD1,529,000 atau RM5 juta di sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur malam tadi, dipercayai lokasi menyimpan hasil suapan.

Sumber berkata, operasi jam 10 malam itu hasil penahanan seorang suspek yang mendedahkan wujud safe house untuk menyimpan wang rasuah seorang ahli politik berpengaruh.

Menurut sumber, premis berkenaan disewa seorang ahli perniagaan.

“Wang ini disimpan untuk kegunaan ahli politik berkenaan bagi aktiviti politiknya.

“Wang ini telah disita SPRM bagi siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, wang itu dipercayai diberikan seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan ahli perniagaan terbabit atas arahan ahli politik berpengaruh berkenaan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *