Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok

Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok

KUALA LUMPUR – Seorang ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB) dijadual didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu.

Polis Kuala Lumpur dalam makluman kepada media hari ini memaklumkan lelaki terbabit dijangka dibawa ke mahkamah berkenaan pada pukul 8 pagi.

Berdasarkan pemakluman itu juga, individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Seksyen 506 merujuk kepada ugutan jenayah yang mana ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata tiga daripada 33 kertas siasatan dibuka polis susulan Op Global telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, hari ini.

Tindakan itu, katanya bagi mendapatkan cadangan dan arahan lanjut untuk pertuduhan di mahkamah.

Dua kertas siasatan bagi kes mengikut Seksyen 14(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Manakala satu kertas siasatan bagi kes mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *