KUALA LUMPUR: Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) mengakui beberapa kes liwat pernah berlaku membabitkan individu dalam organisasi berkenaan.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasiruddin Mohd Ali, menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun media sosialnya, pagi ini.
Nasiruddin berkata, perkara itu pernah dibincang selain mengakui GISBH memang mempunyai kesalahan dari segi perundangan.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk kesalahan terbabit mahupun pihak yang mengadakan perbincangan bersama GISBH sebelum ini.
“Saya sangat sedih, saya orang Islam, tuan-tuan pun orang Islam. Pecah kita sesama Islam, kemudian anak-anak ditangkap sebagainya
“Saya bukan mahu menyebelahkan undang-undang, memang kami ada salah dari segi undang-undang tetapi tak boleh nasihat ke?
“Ini tangkap lebih 400 (kanak-kanak dan remaja (mendiami rumah amal dikaitkan dengan GISBH), mereka tak tahu cerita. Kemudian dituduh liwat dan sebagainya.
“Memang liwat itu ada satu, dua (kes), tetapi kenapa mahu dirangkumkan semuanya?” katanya. BERITA HARIAN
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252