BERITA UTAMA
PRK DUN Mahkota: PN tangguh tarikh pengumuman calon

PRK DUN Mahkota: PN tangguh tarikh pengumuman calon

KLUANG – Perikatan Nasional (PN) akan menangguhkan pengumuman calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang sepatutnya diadakan pada Isnin.

Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, penangguhan itu dilakukan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan selain berkaitan dengan pengurusan parti.

“Hari ini, semua pemimpin PN terlibat dalam sambutan Hari Ulang Tahun ke-8 Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala esok mesyuarat kepimpinan tertinggi PN.

“Hari ini juga, saya akan berbincang dengan kepimpinan pusat untuk menentukan tarikh sebenar pengumuman calon itu nanti, mungkin lusa (Selasa),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Jumaat lalu, Presiden PN, Tan Sri Muhyidin Yassin ketika ditemui dalam Kenduri Rakyat di Kampung Bentong memberitahu PN dijangka mengumumkan calon PRK DUN Mahkota dalam tempoh tiga hari lagi.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya sudah menyenarai pendek senarai calon yang dikemukakan kepimpinan negeri bagi berdepan PRK DUN Mahkota.

Sebelum itu, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Keputusan PN bertanding mewakilli gabungan itu dibuat memandangkan kerusi itu sebelum ini milik Bersatu.

PRK DUN Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 2 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *