BERITA UTAMA
Adegan turun bukit guna papan luncur disiasat

Adegan turun bukit guna papan luncur disiasat

BALIK PULAU – Polis sedang menyiasat aksi merbahaya seorang individu yang menggunakan papan luncur menuruni bukit dipercayai berlaku di Jalan Tun Sardon di sini hingga tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 47 saat yang dimuat naik pemilik akaun Facebook yang memaparkan aksi individu menggunakan papan luncur di atas jalan raya, kira-kira pukul 9.40 malam tadi.

”Kes ini disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Kaedah-Kaedah Kawalan Lalu Lintas (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti) 2021.

”Pihak polis memandang serius isu ini kerana tindakan ini membahayakan diri sendiri dan pengguna lain,” katanya sebagaimana lapor Kosmo.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang individu yang menggunakan papan luncur dipercayai berlaku di Jalan Tun Sardon, Jalan Baru di sini.

Video tersebut memaparkan tindakan luar kawalan individu terbabit yang langsung tidak menghiraukan keselamatan diri dan pengguna jalan yang lain. -ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *