PTM dianugerah projek tebatan banjir RM344.7 juta

PTM dianugerah projek tebatan banjir RM344.7 juta

KUALA LUMPUR – Pembinaan Teguh Maju Sdn. Bhd. (PTM), dianugerah kontrak bernilai RM334.7 juta bagi projek “Rancangan Tebatan Banjir Sungai Johor Fasa 1 Pakej 1” untuk pembangunan takungan dan kerja tebatan banjir yang berkaitan di Kota Tinggi, Johor.

Anak syarikat Varia Bhd. yang berpengalaman dalam bidang pembinaan dan pembangunan hartanah telah dilantik sebagai subkontraktor menerima kontrak tersebut daripada Ikatan Harmoni Sdn. Bhd., bagi skop kerja pembinaan takungan dan kerja berkaitan.

Tarikh siap projek ini ditetapkan pada 22 Julai 2029, meliputi tempoh selama 60 bulan.

Pengarah Urusan Varia Bhd., Datuk Benson Lau berkata, Varia berbesar hati untuk menambah satu lagi projek penting kepada portfolio syarikat, yang menunjukkan kepakaran dan keupayaan syarikat yang semakin meningkat dalam menyampaikan projek infrastruktur berskala besar.

“Kontrak ini bukan sahaja mencerminkan kepercayaan yang diberikan kepada kami, tetapi juga mengukuhkan komitmen kami untuk menyumbang kepada pembangunan infrastruktur Malaysia.

“Dengan kemasukan projek baharu ini, buku pesanan kami kini berjumlah RM2.57 bilion, kami yakin strategi memberi tumpuan kepada projek berimpak tinggi akan terus membuahkan hasil yang positif. keputusan kewangan untuk Kumpulan,” katanya di sini, hari ini.

Sebagai rekod pada 23 Julai lalu, PTM telah dianugerahkan kontrak RM555 juta oleh Best Metro Builder Sdn. Bhd. untuk reka bentuk dan pembinaan loji rawatan pembetungan yang komprehensif di Pulau Pinang.

Diikuti pada 14 Ogos 2024, PTM memperoleh kontrak RM61.5 juta daripada Kemuncak Pesaka Sdn. Bhd. untuk membangunkan kemudahan pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Malah, baru-baru ini turut dianugerah kontrak RM410.3 juta untuk projek ‘Rancangan Tebatan Banjir Sungai Muar’ di Johor, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemain utama dalam pembangunan infrastruktur. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *