Dua termasuk kanak-kanak ditahan disyaki terlibat kes curi dalam kenderaan

Dua termasuk kanak-kanak ditahan disyaki terlibat kes curi dalam kenderaan

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun dan kanak-kanak berumur 12 tahun disyaki terlibat kes curi dalam kenderaan di Taman Cahaya Ampang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail berkata, kedua-dua mereka ditahan pada jam 11.30 malam semalam di sekitar Pandan Indah di sini, selepas polis menerima laporan daripada pemandu e-hailing berusia 37 tahun mengenai kehilangan barangan dalam kenderaan miliknya.

Beliau berkata, pemandu berkenaan mendakwa meletakkan kereta jenis Perodua Alza di luar pagar rumah di Taman Cahaya Ampang pada jam 1.30 pagi dalam keadaan tidak berkunci.

“Kira-kira empat jam kemudian ketika hendak menggunakan kereta itu, didapati bahagian dalam kenderaan berselerak dengan beberapa barangan berharga dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mohd Azam berkata, hasil semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai sembilan rekod jenayah dan direman empat hari hingga 1 September ini, manakala kanak-kanak berkenaan direman sehari hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun keseksaan kerana mencuri. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *