BERITA UTAMA
5 ditahan, 3 suspek kes samun di NKVE dituduh

5 ditahan, 3 suspek kes samun di NKVE dituduh

PETALING JAYA – Lima ditahan, manakala dua lagi diburu selepas seorang lelaki cedera disamun tujuh penjenayah bersenjatakan parang dan kayu dekat stesen minyak di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) minggu lalu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar dipetik Harian Metro berkata dua daripada lima individu itu dibebaskan dengan jaminan polis dan baki tiga lagi sudah didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki 41 tahun cedera disamun tujuh penjenayah bersenjatakan parang dan kayu dekat stesen minyak di NKVE pada 4.30 pagi 19 Ogos lalu.

Mangsa cedera di kepala dan tangan serta kerugian kira-kira RM15,000 kerana wang dan rantai lehernya diambil kumpulan penjenayah itu. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *