BERITA UTAMA
Mohd Azmawi calon muda sesuai di DUN Nenggiri

ADUN Nenggiri angkat sumpah pada sidang Oktober ini

KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri yang dipilih dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu lalu, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani akan mengangkat sumpah jawatan pada sidang DUN Oktober ini.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, majlis angkat sumpah ADUN Nenggiri itu akan diadakan sempena sidang Belanjawan Negeri Kelantan.

Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi DUN Nenggiri dengan majoriti besar 3,352 undi.

Ini selepas calon BN, Mohd Azmawi Fikri memperoleh 9,091 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan simbol Pas, Mohd Razwadi Ismail.

Mohd Razwadi hanya mendapat 5,739 undi.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Azmawi dan Mohd Rizwadi selepas Mohd Amar mengumumkan pengosongannya pada 19 Jun lalu.

Ia selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15 Ogos tahun lepas, Mohd Azizi menewaskan calon BN Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *