Li Jane pemain terbaik tahunan PWBA

Li Jane pemain terbaik tahunan PWBA

KUALA LUMPUR – Pemain boling wanita negara Sin Li Jane melakar sejarah apabila menjadi atlet Asia pertama memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan dalam Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA) Amerika Syarikat (AS).

Beliau memperoleh anugerah berkenaan selepas atlet berusia 30 tahun itu merangkul gelaran keempatnya musim ini di Kejohanan Jelajah PWBA yang berlangsung di Michigan, AS semalam.

Aksi final yang berlangsung di Thunderbowl Lanes menyaksikan Li Jane sebagai pilihan kedua kejohanan menewaskan atlet pilihan utama kejohanan dari AS Jordan Richard 215-209 mengikut kenyataan yang dikeluarkan PWBA hari ini.

Terdahulu pada saingan separuh akhir, Li Jane menewaskan pilihan kelima dari AS Amer Missy Parkin 217-206.

Dengan kemenangan ini, atlet kelahiran Perak itu memperoleh hadiah utama berupa wang tunai berjumlah AS$50,000 (RM221,000). – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *