Indonesia adakan mesyuarat Kabinet pertama di ibu negara baharu Nusantara

Indonesia adakan mesyuarat Kabinet pertama di ibu negara baharu Nusantara

JAKARTA – Kerajaan Indonesia mengadakan mesyuarat Kabinet pleno pertamanya di Nusantara, ibu negara baharu yang terletak di wilayah Kalimantan Timur pada Isnin, lapor Xinhua.

Ini menandakan peristiwa penting dalam proses peralihan fungsi pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Nusantara.

Mesyuarat yang dipimpin oleh Presiden Joko Widodo, diadakan di Istana Garuda dan dihadiri Naib Presiden Ma’ruf Amin serta semua menteri Kabinet.

Mesyuarat itu dilaporkan tertumpu kepada penilaian prestasi semasa kerajaan dan program-program untuk tahun hadapan termasuk peralihan kepada kerajaan baharu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sambutan Hari Kemerdekaan juga akan diadakan di Nusantara pada Sabtu ini. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *