Pesawat terhempas, 8 doktor kanser maut

Pesawat terhempas, 8 doktor kanser maut

BRASILIA – Lapan doktor pakar kanser antara 62 penumpang yang terbunuh dalam nahas pesawat ATR 72-500 di negeri Sao Paulo, Brazil, lapor akhbar Daily Mail.

Enam pakar onkologi terkemuka dan dua doktor yang dalam tahun terakhir latihan itu dalam penerbangan dari bandar Cascavel ke persidangan kanser di Sao Paulo apabila pesawat turboprop enjin berkembar ATR 72-500 milik VoePass Airline terhempas di atas sebuah komuniti berpagar. 

Nahas itu membunuh semua penumpang dan kru penerbangan dalam kejadian pada Jumaat lalu.

“Kami menerima berita yang sangat menyedihkan dan mengesahkan kematian lapan doktor yang dalam penerbangan ke persidangan onkologi. 

“Mereka ialah orang yang mendedikasikan hidup untuk menyelamatkan orang lain,” kata jurucakap Majlis Perubatan Serantau, Eduardo Baptistella.

Tambah Baptistella, 15 doktor dijadualkan menaiki penerbangan selama dua jam itu, tetapi tujuh darinya telah menaiki pesawat lain lebih awal.

Pesawat VoePass penerbangan 2283 berada pada ketinggian 4,876 meter apabila ia menjunam ke darat dalam masa 50 saat sekitar jam 1.30 tengah hari (waktu tempatan). – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *