BERITA UTAMA
Ketersasulan Ahmad Zahid tak beri kesan pada pengundi PRK DUN Nenggiri

Ketersasulan Ahmad Zahid tak beri kesan pada pengundi PRK DUN Nenggiri

GUA MUSANG – Ketersasulan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid pada Himpunan Bebaskan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad lalu dijangka tidak memberi kesan kepada pengundi PRK DUN Nenggiri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yakin masyarakat boleh menerima perkara yang tidak disengajakan itu.

“Saya percaya ia tidak beri kesan sebab orang boleh menerima dan memaafkan apabila orang tersasul.

“Kadang-kadang keletihan jadi punca tersasul. Saya tahu beliau memang letih ke sana ke mari, merasmi mesyuarat perwakilan UMNO, merasmi bermacam program, selain datang ke Nenggiri lagi.

“Perkara tersasul ini, nilainya terlalu rendah untuk ditularkan kerana ia bukan diucapkan sebab ada niat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa berkempen di Sungai Asap, hari ini.

Ahmad Zahid sebelum ini dilapor memohon maaf selepas secara tidak sengaja melaungkan sokongan untuk Israel semasa Himpunan Pembebasan Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, kesilapan berkenaan berlaku ketika beliau penuh bersemangat menyatakan dukungan terhadap isu perang yang melanda di Timur Tengah.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Ahmad Zahid agak kepenatan kerana jadual yang padat hingga tersasul ketika menyampaikan ucapan.

Tegas Ahli Parlimen Pontian tersebut, perkara terbabit tidak perlu dijadikan isu kerana kehadiran Ahmad Zahid ke himpunan berkenaan jelas bagi tujuan memberi sokongan kepada umat Islam di Palestin. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *