Taufan Tropika Debby: Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihat berwaspadaTaufan Tropika Debby: Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihat berwaspada

Taufan Tropika Debby: Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihat berwaspada

PUTRAJAYA – Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang memantau dengan teliti pergerakan Taufan Tropika Debby.

Ketika ini, taufan Kategori-1 itu dijangka melanda Big Bend, Florida sekitar tengah hari 5 Ogos, kata kenyataan itu pada Isnin.

Taufan itu dijangka terus bergerak ke timur ke kawasan pesisir Georgia dan Carolina Selatan.

“Kami menggesa rakyat Malaysia di kawasan terjejas untuk terus berwaspada dan mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti sepanjang musim taufan dan memberikan kemas kini yang diperlukan,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia yang terletak di: 777 South Figueroa Street, Suite 600, Los Angeles, California, atau melalui panggilan telefon di: +1-213-892 1238 atau e-mel: mwlosangeles@kln.gov.my. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *